Saturday, January 15, 2011

Let's rock the school !!

mode: excited/ menggelabah


Watched School Of Rock last night.. feel motivated??..

Cikgu ajar muzik... main drum dalam kelas... ley join gig undeground... Itu sumer dalam muvi jela. The reality is.. cikgu ajar dalam kelas or makmal or kat taman haiwan/tumbuhan (untuk subjek sains la).

Cikgu pakai skimpy skirt, cikgu pakai super-tight blouse.. pakai killer heels..Itu sumer dalam citer untuk org dewasa (21tahun ketas) jela. The reality is..cikgu pakai baju kurung or kebaya..(mesti yg loose yer). Cikgu pakai kasut tinggi 2.5 inci jer coz kelas kat tingkat 3.(jenuh memanjat).. Cikgu pakai mekap natural je (supaya students tak terikut2 atau mencuba2 pakai mekap ke sekolah).

Cikgu pakai suit or track suit kaler merah.. coz nak ngajar team cheerleaders or geng2 gile nak fofular menyanyi dan menari..Itu sumer dalam drama series kegemaran En Ash iaitu Glee aje. The reality is.. Cikgu kene latih tarian tradisional atau kebudayaan supaya generasi baru kenal asal-usul dan adat tradisi mereka.

Geng tarian SMK Dato' Shahbandar Hussin Raub. Aku n wani as juru tari. It was during GSTT time.

Nak jadi cikgu kene sentiasa berpijak di bumi yang nyata. jangan terpengaruh dengan drama-drama 'rekaan semata-mata' dalam tv tuh. Cikgu jugak yang kene tapis input-input yang masuk dalam minda anak-anak ni. Didik diorang agar jangan tiru bolat-bolat apa yang mereka lihat dan dengar. Bukan senang nak jadi cikgu ni.
(semua yang di atas ini adalah peringatan buat diriku sendiri)

Next Monday (17 Jan) will be the day. Life is going to be lil' bit different but I'm still happy with it. It's Practicum Time. Let's rock SK Jalan Hang Tuah (1) !!..

p/s to En Ash: Selamat memulakan tugas. Kita berjuang together together okay. 

"Kita merancang, Allah SWT menentukan"

mode: bersyukur/ happy

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".        (surah Ibrahim, ayat 7) 




Syukur Allhamdullilah.. kerna perjalanan hidupku semakin teratur dan sentiasa diberi kemudahan olehNya..
Moga-moga tahun ini memberi kebahagian yang berganda-ganda (eh..minta lelebiy lak).. hehe. Ermm.. tahun ni aper nak dikurangkan ek.., Kurangkan masalah dengan orang sekeliling (walaupun aku ni jenis tak kesah org lain), kurangkan pencemaran "go green", kurangkan kalori, kurangkan mengumpat and stalking (huh~), kurangkan buang masa, dan kurangkan keluar duit pada mende yang tidak patut (sama erti dengan berjimat-cermat).., kurangkan melawan cakap en Ash (baiklah).
Apa pula yang nak diperbanyakkan ek??..perbanyakkan ilmu didada..hahah, perbanyakkan amal ibadah dan jariah, selalu call mama abah kat Raub, selalu call kakcik utk beri pesanan "bercinta, cinta gak.. study jangan dilupe..ahaks". , selalu masak di rumah, dan macam-macam lagi (overload ideas).

Supaya aku sentiasa beringat tentang perkara penting untuk dilakukan pada tahun ini, izinkan aku list down perkara-perkara tersebut:

1. Tamat KLPI dengan jayanya (walaupun tak cemerlang~) .. Trus posting..
2. Menghadiri majlis pertunangan dan perkahwinan sahabat-sahabat yang dikasihi.
3. Bercuti bersama keluargaku ke Terengganu (simpan duit yer adik-beradikku sekalian)
4. Bercuti bersama keluarga En Ash ke Langkawi (udah dibeli tiket flightnya.. pantas betul ibu mertuaku)
5. Beli Jam Swatch sebagai tanda ulang tahun perkawinan (lambat pun takpe, kerna harus berjimat skrg)
6. Belajar masak laksa johor dengan sesape jela yang terer.
7. Mula bisnes kek semula.
8. Nak bawa kakcik and dikmi gi konsert. En Ash confirm kene ikut. !!.
9. Nak start semula menabung di Tabung Haji.
10. Menimang cahaya mata sekiranya ada rezeki Allah bagi. InsyaAllah..

Harap-harap menjadi semuanye. especially no.10 tuh. hahaha. (berangan-berangan)