Saturday, January 15, 2011

"Kita merancang, Allah SWT menentukan"

mode: bersyukur/ happy

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".        (surah Ibrahim, ayat 7) 




Syukur Allhamdullilah.. kerna perjalanan hidupku semakin teratur dan sentiasa diberi kemudahan olehNya..
Moga-moga tahun ini memberi kebahagian yang berganda-ganda (eh..minta lelebiy lak).. hehe. Ermm.. tahun ni aper nak dikurangkan ek.., Kurangkan masalah dengan orang sekeliling (walaupun aku ni jenis tak kesah org lain), kurangkan pencemaran "go green", kurangkan kalori, kurangkan mengumpat and stalking (huh~), kurangkan buang masa, dan kurangkan keluar duit pada mende yang tidak patut (sama erti dengan berjimat-cermat).., kurangkan melawan cakap en Ash (baiklah).
Apa pula yang nak diperbanyakkan ek??..perbanyakkan ilmu didada..hahah, perbanyakkan amal ibadah dan jariah, selalu call mama abah kat Raub, selalu call kakcik utk beri pesanan "bercinta, cinta gak.. study jangan dilupe..ahaks". , selalu masak di rumah, dan macam-macam lagi (overload ideas).

Supaya aku sentiasa beringat tentang perkara penting untuk dilakukan pada tahun ini, izinkan aku list down perkara-perkara tersebut:

1. Tamat KLPI dengan jayanya (walaupun tak cemerlang~) .. Trus posting..
2. Menghadiri majlis pertunangan dan perkahwinan sahabat-sahabat yang dikasihi.
3. Bercuti bersama keluargaku ke Terengganu (simpan duit yer adik-beradikku sekalian)
4. Bercuti bersama keluarga En Ash ke Langkawi (udah dibeli tiket flightnya.. pantas betul ibu mertuaku)
5. Beli Jam Swatch sebagai tanda ulang tahun perkawinan (lambat pun takpe, kerna harus berjimat skrg)
6. Belajar masak laksa johor dengan sesape jela yang terer.
7. Mula bisnes kek semula.
8. Nak bawa kakcik and dikmi gi konsert. En Ash confirm kene ikut. !!.
9. Nak start semula menabung di Tabung Haji.
10. Menimang cahaya mata sekiranya ada rezeki Allah bagi. InsyaAllah..

Harap-harap menjadi semuanye. especially no.10 tuh. hahaha. (berangan-berangan)

3 comments:

  1. no 3 ske ske
    no 8 oo yeah. i loike!
    no 10 SGT SGT SUKE. sila cepat. mahu kan anak sedare. nak kmbr ye klo bole :D

    ReplyDelete
  2. huh.. awak sponsor salah satu kembar la nnt yer..

    ReplyDelete